Isnin, 2 Mac 2009

korido pelancungan pensiangan

Pensiangan mampu menawarkan produk pelancungan kepada pengemar pemandangan alam semulajadi.Di kawasan Sook ada terdapat pemandangan kaki Gunung Terus Madi di mana kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan pelancungan oleh Kerajaan Negeri Sabah .Dilembahnya terdapat sebuah sungai di panggil Sungai Labau(Ulu Sungai Kinabatangan- Sungat terpanjang di Sabah). Sungai ini telah ditagal iaitu tidak boleh diadakan aktiviti penangkapan ikan di sekitar Kg. Senaron, Kg. Nandagan, Kg. Mampisas, Kg. Kilo, Kg Pinipi, Kg.Kuit, Kg. Alab dan Kg. Lanas Stesen.Mengikut penduduk kg. Sinua terdapat sebuah air terjun tujuh tingkat di ulu sungsi ini.

Di kawasan Nabawan pula terdapat sebuah pelancungan dinamakan BATU PUNGGUL. Jika anda berminat ke Maliau Besin( The Lost World of Sabah), tempat ini boleh dilawati dari Kota Kinabalu melalui jalan darat Kimanis-Keningau-Sook - Nabawan dalam masa lebih kurang empat jam sahaja. Berbanding dahulu melalui jalan darat dari Kota Kinabalu-Sandakan- Tawau -Lahad Datu- Kalabakan - Maliau Besin selama lapan jam.

JOM MELANCUNG KE PENSIANGAN